16 September 2010

Ralat: Adakah Isra' dan Mi`raj Berlaku Pada Bulan Rajab?

Berikut ialah diskusi dan kritikan seorang muslimah di laman Facebook terhadap penulis, berhubung terjemahan artikel penulis, bertajuk Adakah Isra' Mi`raj Berlaku Pada Bulan Rajab? Penulis memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan, moga Allah menambahkan kita ilmu dan amanah dalam menyampaikan ayat-ayat-Nya.

Artikel Alaf Kini: Adakah Isra' dan Mi`raj Berlaku Pada Bulan Rajab? 
Artikel Al-Muqry: Benarkah Isra' Dan Mikraj Berlaku Di Bulan Rejab???

Rahabiah: Syukran Ustaz Fahmi. Penjelasan yg lebih mantap [artikel Al-Muqry - penulis] dari yg dilinkkan oleh Akh Za'im [artikel Alaf Kini - penulis].. Malah saya yg tak reti sangat bahasa arab ni nampak terjemahan tu ada salah dan khianat ilmu tu..

Fizi: Part mana yang salah dan khianat ilmu?

Rahabiah: Part kalam imam nawawi tu yg dalam kurungan.. pasal setau saya dr qaradhawi tak sebut pun gitu, dan imam nawawi pula antara yg menyokong bulan rejab ni. jadi yg dimaksudkan oleh dr qaradhawi adalah, imam nawawi antara yg berusaha utk sokong isra' berlaku pada bulan rejab, tapi akh fizi tulis dia tentang.. maafla kalau saya yg jahilah ini tersilap faham..

Fizi: Terima kasih di atas usaha menyemak artikel itu. Mari kita lihat, dari petikan Al-Qaradawi di bawah:

والعشرين من رجب لم يأت فيها حديث صحيح، ولا قول صحيح لأحد الصحابة إنما هو قول اشتهر، وقال به بعض الأئمة ونُسب إلى الإمام النووي، اختاره الإمام النووي في فتاواه،

Beliau mengatakan tiada hadis sahih atau perkataan sahih dari sahabat yang menyokong pendapat 27 Rajab. Dan beliau berkata:

"إنما هو قول اشتهر، وقال به بعض الأئمة ونُسب إلى الإمام النووي"

bermaksud "bahawa sesungguhnya ia (malam ke-27 Rajab) adalah pendapat yang masyhur dan telah berkatalah sebahagian dari kalangan imam dan dinisbahkan kepada Al-Imam An-Nawawi".

Al-Qaradawi mengaku bahawa pendapat 27 Rajab adalah pendapat yang masyhur dan pendapat sebahagian dari ahli ilmu dan ia konon dinisbahkan kepada Imam Nawawi juga.

Kemudian Qaradawi menyambung dengan berkata:
اختاره الإمام النووي في فتاواه، والإمام النووي رجل كان مقبولاً عند الأمة، فاشتهر قوله هذا، على حين أن هناك مثلاً الإمام أبا إسحاق الحربي نجده يقول إن الإسراء والمعراج ليس في ليلة السابع والعشرين من رجب بل في ليلة السابع والعشرين من ربيع الأول.
bermaksud "beliau (Imam Nawawi) telah berusaha dalam hal ini dalam fatwa-fatwanya, dan Al-Imam An-Nawawi adalah tokoh yang diiktiraf di kalangan para imam, dan beliau telah mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak kesahihan malam 27 Rajab), sementara di sana dalam hal yang serupa berkata pula Al-Imam Aba Ishaq Al-Harbiy, “Sesungguhnya Al-Isra’ dan Al-Mi`raj bukanlah pada malam ke-27 dari bulan Rajab, tetapi pada malam ke-27 dari bulan Rabi`u l-Awwal”.

Dari petikan di atas, difahami ada kalangan ilmuan berpendapat ia berlaku pada 27 Rajab dan dikaitkan dengan pendapat Imam Nawawi, NAMUN Imam Nawawi telah berusaha dalam fatwa-fatwanya untuk menyatakan pendapatnya yang sebenar. Mari kita lihat apakah pendapat Imam Nawawi yang sebenar.

Sekarang, saya mengambil pendapat dari Mawahib Al-Jalil fi Syarhi Mukhtasar Khalil مواهب الجليل في شرح مختصر خليل untuk mengetahui apakah pendapat sebenar Imam Nawawi, dari link berikut: Mawahib Al-Jalil fi Syarhi Mukhtasar Khalil
واختلف في وقت المعراج والصحيح أنه في ربيع الأول قال النووي : في ليلة سبع وعشرين منه ووقع في بعض نسخ فتاوى النووي أنه كان في ربيع الآخر

"Dan telah berselisih pada waktu Al-Mi`raj, dan yang sahih bahawa ianya pada Rabi`u l-Awwal. Berkata Imam Nawawi: Pada malam ke-27 daripadanya dan terjadi pada sebahagian naskhah fatwa Imam Nawawi bahawasanya pada Rabi`u l-Akhir".

Dari petikan di atas, diketahui pada fatwa Imam Nawawi pendapatnya ialah 27 Rabi`u l-Awwal, dan pada sebahagian catatan fatwanya yang lain mengatakan pada 27 Rabi`u l-Akhir (bukan 27 Rajab). Hal ini sama seperti yang dikatakan oleh Al-Qaradawi di atas, bahawa pendapat Imam Nawawi dan Al-Imam Aba Ishaq Al-Harbiy adalah sama - iaitu 27 Rabi`u l-Awwal (Al-Qaradawi tak sebutkan mengenai Rabi`u l-Akhir seperti yang dijumpai pada naskhah fatwa Imam Nawawi yang lagi lain).

Dan pada teks yang sama dalam Mawahib Al-Jalil fi Syarhi Mukhtasar Khalil , ia menaqalkan bahawa disebutkan dan dinyatakan kononnya Imam Nawawi berpendapat pada bulan Rajab. Namun hal ini disangkal kerana fatwa yang dijumpai dari Imam Nawawi hanya menyatakan Rabi`u l-Awwal dan Rabi`u l-Akhir, dan khabar yang tidak pasti menyebutkan konon Imam Nawawi berpendapat pada bulan Rajab.

وقيل : إنه كان في رجب وجزم به النووي في الروضة تبعا للرافعي

Jika tersalah, minta perbetulkan. WaLlahu'a`lam.

Fizi: Boleh juga baca di link ini: abaamar210.maktoobblog

فقيل : قبل الهجرة بسنة . قاله ابن سعد وغيره ( 1 ) .وبه جزم النووي , وبالغ ابن حزم فنقل الإجماع فيه ـ فيكون في شهر ربيع الأول
 
Rahabiah: Maafkan saya sekali lagi.. saya tak nampak pun di mana dr qaradhawi sebut imam nawawi berusaha dalam hal ini. sedangkan disebutkan imam nawawi telah memilih pndpt ini (27 Rejab). Malah kalam nussiba ilaihi mana boleh diterjemahkan dgn perkataan "kononnya". Malah Dr Qaradawi tak sebut pun Imam Nawawi mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak 27 Rejab).. saudara.. ushtuhira maksudnya telah famous atau masyhur dgn pendapat itu, bukan beliau isytiharkan.. jauh lari makna tu..

Rahabiah: Jadi makna kalam dr qaradhawi di situ adalah, sebahagian imam kata 27, dan dinisbahkan juga kepada imam nawawi, dan imam nawawi telah memilih pendapat ini (27 rejab) pada fatwa-fatwanya. Imam Nawawi pula adalah seorang tokoh yang diterima oleh seluruh ummah. Maka telah masyhurlah pandangannya ini

Rahabiah: Nak ambil pndgn Imam Nawawi cuba tgk kitabnya.. maka disebutkan di dalam kitab Raudhah, imam Nawawi berkata bahawa isra' mi'raj berlaku pada 27 rejab.. So takde kontradiksi pun di sini.. Saya harap ada ustaz2 sebenar yg faqih lagi faham bahasa arab utk tunjukkan terjemahan saya atau terjemahan akh fizi yg betul.. kami ingin tau.. jazakumullah

Fizi: Saudari, bawalah link mana yang cakap fatwa Imam Nawawi itu.. macam yang saya cakap, dinisbahkan kepada Imam Nawawi pendapat 27 Rajab, namun yang jelas dalam kitabnya ialah 27 Rabi`u l-Awwal / Rabi`u l-Akhir (berdasarkan link di atas).. kalau ada dari kitab Imam Nawawi sendiri (Kitab Raudhah macam awak cakap), bagitahu dengan tepat mana rujukan nak cari.. saya pun boleh cakap bahawa dalam kitab lain cakap Imam Nawawi begitu begini, namun saya tak cakap sesuka hati.. datangkan bukti, senang nak kaji.. ushtuhira memanglah famous.. namun famous sebab dia yang isytiharkan.. tak apalah, bab ini memang awak betul sebab saya terjemah literal dan hanya orang yang biasa dengan `arab saja akan faham, kalau orang tak tahu `arab akan hanya tangkap maksud literal sahaja..

Senang macam inilah.. saudari baca balik penjelasan saya di atas, baru boleh faham apa yang saya nak bagitahu.. dan datangkan dalil yang jelas, jangan just quote kitab Raudhah saja..

Fizi: By the way, Al-Qaradawi sendiri menolak pendapat 27 Rajab kerana baginya ia pendapat yang lemah..
و أنا أعلم أنه لم يثبت شيء في هذا، وأن هذا قول اشتهر وأصبح معروفاً عند المسلمين منذ قرون أنهم يذكرون الإسراء والمعراج في هذه الليلة

Rahabiah: Maka terjemahan yg betul yg perlu saudara betulkan supaya tak khianat ilmiah pada dr qaradhawi adalah: sebahagian imam kata 27, dan dinisbahkan juga kepada imam nawawi, dan imam nawawi telah memilih pendapat ini (27 rejab) pada fatwa-fatwanya. Imam Nawawi pula adalah seorang tokoh yang diterima oleh seluruh ummah. Maka telah masyhurlah pandangannya ini.


Berikut pula ialah komentar dan nasihat Ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin kepada Penulis:

Assalamualaikum.. akhi Zaim. Berkenaan dgn link blog kawan nta, Fizi Hafizi.. tentang tarikh Isra' Mi'raj. Setelah dikomen oleh sorang perempuan.. ana baca dgn teliti dan dapati memang ada kesilapan. ada beberapa tempat yg x diterjemah.. mungkin tertinggal.

Ada terdapat beberapa perkataan yg silap diterjemah. Contoh pada ayat: أقر هذا الكلام خاتمة الحفاظ . diterjemahkan أقر dengan erti baca. mungkin dia tersilap sangkakan أقر berasal dari قرأ . makna yg sebenar ialah perakui.. maka terjemahannya ialah "yg memperakui kalam ini ialah Khatimah al-Huffaz al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani".. dan dia tersilap eja Ibn Hijr (wallahu'alam jika memang boleh dibaca sedemikian)

dan juga tersilap pada اختاره الإمام النووي في فتاواه . kawan nta terjemah dengan salah lalu lari maknanya. quote dari terjemahannya, "beliau telah berusaha dalam hal ini dalam fatwa--fatwanya, dan Al-Imam An-Nawawi adalah tokoh yang diiktiraf di kalangan para imam, dan beliau telah mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak kesahihan malam 27 Rajab)"

sepatutnya kalimah اختاره diterjemahkan dengan 'memilihnya' bukan dengan 'berusaha'. maka terjemahannya ialah "imam nawawi memilihnya (pendapat itu ) di dalam Fatawanya (kebiasaannya jika disebut 'dalam Fatwanya' maka ini merujuk kepada kitab Imam Nawawi iaitu Ruus al-Masail (insya Allah betul dah rasanya nama kitab ni) dan bukanlah dengan difahami secara literal lalu terjemah dengan makna fatwa secara umum. Tapi ini bukan kesilapan besar.

Hmmm... Perkataan dlm kitab2 ada makna yg tersendiri.

Perkara ini akan didapati apabila belajar kitab turath secara berguru. Guru yg pakar akan syarahkan istilah2 tertentu. Misalnya apabila disebut dalam mana-mana kitab Fiqah Mazhab Syafie istilah Syaikhul Islam maka yg dimaksudkan ialah Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari dan bukan merujuk kepada Syaikhul Islam Ibn Taimiyah.

Contohnya istilah 'sahih' dan 'ashah' di dalam kitab Minhaj Tolibin karangan Imam Nawawi. Adalah satu KESALAHAN jika diterjemah 'sahih' dengan maksud yg biasa kita fahami iaitu 'betul, benar' dan diterjemah pula 'ashah' dengan maksud 'lebih betul atau lebih benar'.

Ana dapati memang ada sebahagian yg terjemah mudah2 begini. Kebiasaannya kesilapan ini timbul daripada mereka yg tidak belajar secara berguru tapi agak bersemangat utk menyebarkan ilmu. Maka terjemahan ini jelas salah. Ini kerana dalam mazhab Syafie, istilah2 ini punya maksudnya yg tersendiri. Maksud2nya lebih dalam dari yg difahami.

Kesilapan dalam menterjemahkan istilah ini menunjukkan kejahilan dgn teks kitab2 turath yg amat perlu kepada ketelitian. Lebih malang lagi jika dilakukan oleh penuntut ilmu, penulis buku dan maaf jika ana sebut, mereka kebiasaannya dari kelompok yg mendakwa mengikut salaf. Habis rosak pemahaman terhadap kitab2 ulama. Lebih malang lagi apabila org awam baca lalu terikut sahaja kpd kesalahan itu. Mereka x pernah belajar kitab turath lalu berlagak pandai dan maka berlaku pengkhianatan atau jenayah ilmiah secara sedar mahupun tidak. Semoga Allah mengampunkan kita semua.

Kita sepatutnya lebih bersikap merendah diri, berasa jahil dan tidak gopoh. Belum pun kenal ilmu tapi sudah mampu mengkritik pendapat para imam?! Zaim misalnya belajar ekonomi tapi juga belajar ilmu agama maka silakan tulis apa yg dipelajari utk dikongsi syaratnya kena betul. Ini bukan soal profesional atau ulama :) Jika pakar ekonomi tapi juga alim ilmu agama maka silakan. Tapi kalau pelajar agama dah tapi belajar x bersungguh, terus jahil .. maka x layak.

Setiap kitab mazhab ada istilah2 khusus dgn maksud tersendiri. Bahkan setiap ilmu ada istilah yg berbeza maksudnya apabila disebut istilah yg sama dalam ilmu lain. Misalnya istilah 'al-Imam' dalam kitab ilmu Fiqah Mazhab Syafi' merujuk kepada Imam Haramain al-Juwaini, guru Imam Ghazali. Tapi istilah 'al-Imam' dalam ilmu usul fiqah pula merujuk kpd Imam ar-Razi.

Ada ulama yg karang kitab khusus tentang istilah2 ini contohnya Fawaid al-Makkiyah khas utk perjelas istilah mazhab Syafie, dan antara yg terbaru ialah al-Fathu al-Mubin karangan Dr. Ibrahim al-Hifnawi, pensyarah Al-Azhar. yg ni lebih bagus sebab perjelas istilah2 dlm 4 mazhab fiqah yg terkenal, mazhab zahiriyah dan mazhab imamiyah. diperjelas juga istilah2 dlm ilmu usul fiqah dan ilmu hadith. lengkap!

maknanya jika nak rujuk kpd kitab2 tertentu, dalam ilmu2 tertentu maka kena tahu maksud istilah2 ini atau rujuk kpd para ulama atau rujuk kitab2 seperti di atas.

Baiklah berbalik kpd tulisan kawan nta tu. Dia tulis "dan Al-Imam An-Nawawi adalah tokoh yang diiktiraf di kalangan para imam, dan beliau telah mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak kesahihan malam 27 Rajab)

Perkataan فاشتهر dengan terjemahan 'mengistiharkan' tu salah terjemah. sepatutnya dgn makna 'telah masyhur'. Maka terjemahn yg betul ialah, "dan Imam Nawawi seorang yg diiktiraf di kalangan imam-imam, maka telah masyhur pendapatnya ini" .. dengan sebab kehebatannya di sisi imam-imamlah maka pendapatnya ini masyhur iaitu pendapat 27 rejab.

Imam Nawawi memang berpegang dgn pndapat ini iaitu 27 Rejab. Tapi x semestinya pendapat ini tepat cuma ini memang pendapat Imam Nawawi. Antara yg berpegang dgn pendapat ini ialah Imam Ibnu Hazm, Imam Rafie dan Imam Ibnul Athir.

Dan kesalahan besar kawan nta apabila dia letakkan dalam kurungan "(menolak kesahihan malam 27 Rajab)" Dia kata Imam Nawawi tolak pendapat ini dan ini menyalahi fakta sebagaimana yg disebut di atas sebab ini memang pendapat Imam Nawawi. Haa, boleh cek juga di link blog almuqry tu. Banyak didatangkan pendapat ulama.

Hmm, dia ambik terjemahan ni dari mana ya? Atau dia terjemah sendiri? Macam2 ada dalam internet ni..

Ana x menolak kebenaran fatwa Syaikh Qardawi ni. Memang tiada amalan khusus utk malam dan siang 27 rejab ini. Cuma nak betulkan apa2 yg tersilap dalam terjemahan ini je. Dan satu perkara lagi, org yg berpegang dgn pendapat 27 rejab x boleh menyalahkan org yg x berpegang dgnnya. Yg x berpegang dgnnya pula jangan ingkar kpd org yg berpegang plk. silalah berlapang dada. dan x salah utk buat program Isra' Mi'raj sempena tarikh 27 rejab, berpegang dgn pendapat Imam Nawawi. Bahkan ketika program tu boleh diberitahu fakta2 ini :)

wallahu'alam...

16 December 2009

Hukum Doktor Menyentuh `Aurat Pesakit


Fatwa `Abdu l-`Aziz bin `AbduLlah Bin Baz:

ه - مس الطبيب لعورة المريض قبلا كانت أو دبرا ينقض الوضوء



5 - Sentuhan Doktor Akan `Aurat Pesakit Pada Qubul Atau Dubur Membatalkan Wudhu’.  
     
السؤال الخامس: ما رأي سماحتكم في أن عمل الطبيب
Soalan Kelima: Apakah pandangan kamu mengenai amalan perubatan
يتطلب في بعض الأحيان رؤية عورة المريض
menuntut kepada sebahagian kelaziman melihat `aurat pesakit
أو مسها للفحص ؟ وفي بعض الأحيان
atau menyentuhnya untuk memeriksa? Dan dalam sebahagian kelaziman
أثناء العمليات يعمل الطبيب الجراح في وسط
ketika pembedahan, doktor membedah di tengah-tengah (keadaan)
مليء بالدم والبول فهل
yang dipenuhi dengan darah dan air kencing maka adakah 
إعادة الوضوء واجبة في هذه الحالات
perlu mengulangi wudhu’ dalam keadaan-keadaan sebegini
أم أنه من باب الأفضلية؟
atau ia dari bab khusus?

جواب : لا حرج أن يمس الطبيب
Jawapan: Tidak salah seorang doktor untuk menyentuh
عورة الرجل للحاجة وينظر إليها
`aurat seseorang untuk keperluan dan melihat kepadanya 
للعلاج سواء العورة الدبر أو القبل
untuk pengubatan, sama sahaja `aurat dubur atau qubul
فله النظر والمس للحاجة
maka baginya (dibolehkan) melihat dan menyentuh untuk keperluan
والضرورة ولا بأس أن يلمس الدم
dan dharurat, dan tidak mengapa untuk menyentuh darah
إذا دعت الحاجة للمسه في الجرح
ketika datang keperluan untuk menyentuhnya pada kecederaan
لإزالته أو لمعرفة حال الجرح
untuk menyembuhkannya atau untuk mengetahui hal kecederaan 
ويغسل يده بعد ذلك عما أصابه
dan dia membasuh tangannya selepas itu dari apa yang menimpanya
ولا ينتقض الوضوء بلمس الدم أو البول
dan tidak batal wudhu’ dengan menyentuh darah atau air kencing
لكن إذا مس العورة انتفض وضوءه
tetapi apabila menyentuh `aurat ia membatalkan wudhu’nya
قبلا كانت أو دبرا أما مس الدم أو البول
sama ada qubul atau dubur, adapun menyentuh darah atau air kencing
 أو غيرهما من النجاسات
atau selain dari kedua-duanya dari kalangan najis
فلا ينقض الوضوء 
maka tidaklah membatalkan wudhu’
ولكن يغسل ما أصابه
tetapi dia (perlulah) membasuh apa yang menimpanya (najis)
لكن من مس الفرج من دون حائل
tetapi sesiapa yang menyentuh kemaluan tanpa sebarang pelapik
يعني مس اللحم اللحم
yakni menyentuh daging dengan daging 
فإنه ينتقض وضوءه
maka sesungguhnya ia membatalkan wudhu’nya
لقول النبي صلى الله عليه وسلم
seperti kata Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam
من أفضى بيده إلى فرجه
“Sesiapa yang membawa tangannya kepada kemaluannya
ليس دونهما ستر
tiada di antara keduanya penghadang
فقد وجب عليه الوضوء
maka wajiblah (perlu) ke atasnya wudhu’ ”.
وهكذا الطبيبة إذا مست
Oleh itu doktor perempuan apabila menyentuh 
فرج المرأة للحاجة
kemaluan seorang perempuan demi keperluan
فإنه ينتقض وضوءها
maka sesungguhnya ia membatalkan wudhu’nya
بذلك إذا كانت على طهارة كالرجل
dengan itu jua yang berlaku ke atas penyucian (wudhu') bagi lelaki     
Sumber: Lihat di jilid 6 muka 25-26, soalan ke-5
مجموع فتاوى ومقالات متنوعة

Kesimpulan       
 
  1. Doktor dibolehkan untuk melihat dan menyentuh `aurat      pesakit jika diperlukan.
  2. Menyentuh darah, air kencing dan najis yang lain tidaklah      membatalkan wudhu’, cuma perlu membasuh bahagian yang terkena najis.
  3. Fatwa di atas mengatakan batal wudhu’ jika menyentuh dubur (`aurat belakang) atau qubul (`aurat hadapan), NAMUN perkara ini adalah khilaf dan terdapat beberapa pendapat:
·       Pendapat 1: Batal wudhu’ secara mutlak.
·       Pendapat 2: Batal wudhu’ jika menyentuh disertai syahwat.
·       Pendapat 3: Tidak batal wudhu’ secara mutlak (mengambil wudhu’ selepas menyentuh kemaluan hanya sekadar mustahab/sunat bukan wajib).
 
Untuk lebih lanjut, sila klik di sini






8 September 2009

Bolehkah Wanita Haidh Membaca Al-Quran?


Fatwa Asy-Syeikh Khalid Bin `AbduLlah Al-Muslih:

السؤال:
 فضيلة الشيخ، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، هل يجوز للمرأة أن تقرأ القرآن أثناء الدورة الشهرية أو تمسك المصحف، خصوصًا في شهر رمضان، لكي تختمه؟
السؤال:

فضيلة الشيخ، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، أود أن أسأل عن حكم قراءة القرآن في رمضان بالنسبة للحائض دون لمس المصحف، وهذا من أجل الختم في رمضان. وأسأل عن قراءته في هذه الفترة عن طريق الكمبيوتر، أي: "cd" الذي يحتوي على القرآن مكتوب؟

الجواب:

بسم الله الرحمن الرحيم
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته، أما بعد..

فإجابة عن سؤالك نقول:
اختلف أهل العلم رحمهم الله في مسألة قراءة الحائض للقرآن على ثلاثة أقوال في الجملة: 

القول الأول: جواز قراءة القرآن للحائض والنفساء من غير أن تمس المصحف، وهذا مذهب الإمام مالك، وهو رواية عن أبي حنيفة وأحمد، وبه قال البخاري وداود وابن حزم.

القول الثاني: جواز قراءة الحائض والنفساء شيئًا من القرآن كالآية أو الآيتين، وقيل: لا تمنع مما دون الآية.

القول الثالث: يحرم على الحائض والنفساء قراءة شيء من القرآن، وهذا قول جمهور العلماء من الحنفية والشافعية والحنابلة وغيرهم، وقال عنه الترمذي: "وهو قول أكثر أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم والتابعين ومن بعدهم".
وقد استدل كل فريق من هؤلاء بأدلة.

والذي يظهر لي أن القول بجواز قراءة الحائض والنفساء للقرآن هو أقرب الأقوال للصواب، فإنه لو كانت الحائض ممنوعة من القراءة لبين النبي صلى الله عليه وسلم ذلك بيانًا واضحًا ينقله عنه الثقات الأثبات كما هو الشأن في منع الحائض من الصلاة والصيام، ولم يقتصر الأمر على حديث اتفق الأئمة على تضعيفه، وهو ما رواه الترمذي (131) وغيره عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعًا، قال: "لا تقرأ الحائض ولا الجنب شيئًا من القرآن". فقد قال عنه الإمام أحمد لما سأله ابنه كما نقل العقيلي في الضعفاء (ص 90): "باطل أنكره إسماعيل بن عياش". وكذا قال أبو حاتم فيما نقله عنه ابنه في العلل (1/49).

وقد قال عنه شيخ الإسلام ابن تيمية في الفتاوى (21/460): "وهو حديث ضعيف باتفاق أهل المعرفة بالحديث". وقال عنه أيضًا في الفتاوى (26/191): "وليس لهذا أصل عن النبي صلى الله عليه وسلم، ولا حدَّث به عن ابن عمر ولا عن نافع ولا عن موسى بن عقبة أصحابهم المعروفون بنقل السنن عنهم. وقد كان النساء يحضن على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم، فلو كانت القراءة محرمة عليهن كالصلاة لكان هذا مما بينه النبي صلى الله عليه وسلم لأمته وتعلمه أمهات المؤمنين، وكان ذلك مما ينقلونه إلى الناس، فلما لم ينقل أحد عن النبي صلى الله عليه وسلم في ذلك نهيًا لم يجز أن تجعل حرامًا، مع العلم أنه لم ينه عن ذلك، وإذا لم ينه عنه مع كثرة الحيض في زمنه علم أنه ليس بمحرم". وقد أجمل شيخ الإسلام أدلة القائلين بالجواز بعد ذكر ضعف الحديث، فقال في مجموع الفتاوى (21/460): "ومعلوم أن النساء كن يحضن على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم يكن ينهاهن عن قراءة القرآن، كما لم يكن ينهاهن عن الذكر والدعاء، بل أمر الحيض أن يخرجن يوم العيد فيكبرن بتكبير المسلمين، وأمر الحائض أن تقضي المناسك كلها إلا الطواف بالبيت: تلبي وهي حائض وكذلك بمزدلفة ومنى وغير ذلك من المشاعر"، والله أعلم.

Sumber: almosleh.com



TERJEMAHAN:

Soalan: 

1. Fadhilatu sy-Syeikh, As-salamu`alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh, adakah boleh bagi seorang perempuan untuk membaca Al-Qur’an atau dia menyentuh Al-Qur’an ketika kitaran bulanan (dalam keadaan haidh), terutama pada bulan Ramadhan, untuk mengkhatamkannya.

2. Fadhilatu sy-Syeikh, As-salamu`alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh, saya ingin bertanya tentang hukum pembacaan Al-Qur’an ketika Ramadhan oleh orang yang haidh tanpa menyentuh Al-Qur’an, dan ini untuk khatamkan (Al-Qur’an) dalam Ramadhan. Dan saya bertanya tentang pembacaannya dalam waktu ini (ketika haidh) dengan cara komputer, iaitu CD yang mengandungi Al-Qur’an yang tertulis (dalamnya).

Jawapan:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Wa`alaikumu s-salam warahmatuLlahi wabarakatuh, dan adapun kemudian:
Maka jawapan bagi soalan anda kami katakan:

Telah berselisih ahli `ilmu rahimahumuLLah dalam masalah pembacaan Al-Qur’an oleh orang yang haidh kepada TIGA PENDAPAT secara keseluruhan:

Pendapat pertama: boleh membaca Al-Qur’an bagi orang yang haidh dan orang yang nifas dengan tidak menyentuh Al-Qur’an, dan ini mazhab Al-Imam Malik, dan ia riwayat dari Abi Hunaifah dan Ahmad, dan dengannya berkata Al-Bukhari dan Daud dan Ibn Hazm.

Pendapat kedua: boleh bagi orang yang haidh dan orang yang nifas membaca sesuatu dari Al-Qur’an sama ada satu ayat atau dua ayat, dan dikatakan: tidak dilarang daripada apa yang kurang daripada satu ayat.

Pendapat ketiga: diharamkan ke atas orang yang haidh dan orang yang nifas membaca sesuatu dari Al-Qur’an, dan ini pendapat jumhur `ulama’ dari (mazhab) Hanafiyyah dan Syafi`iyyah dan Hanabilah dan selain daripada mereka, dan telah berkata At-Tirmizi tentangnya: “Dan ini pendapat majoriti ahli `ilmu dari kalangan para sahabat Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam dan tabi`in dan daripada yang selepas daripada mereka”.

Dan sesungguhnya telah ditunjukkan akan dalil tentang pecahan semua ini.
Dan yang telah nyata kepada aku pendapat yang membolehkan orang yang haidh dan orang yang nifas membaca Al-Qur’an itu adalah pendapat yang lebih dekat dengan kebenaran, jika sesungguhnya orang yang haidh dilarang daripada membaca pastilah Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam menerangkan tentang itu dengan terang dan jelas disampaikannya darinya petunjuk yang pasti sepertimana dalam kes larangan orang yang haidh dari (menunaikan) solat dan puasa, dan tidak terhad urusan tersebut di atas hadis yang disepakati imam-imam di atas pendha`ifannya, dan ia apa yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi (131) dan selainnya dari Ibn `Umar radhiyaLlahu`anhuma secara marfu`, dia berkata: “Janganlah orang yang haidh dan janganlah orang yang junub membaca sesuatupun dari Al-Qur’an”. Maka sesungguhnya telah berkata tentangnya Al-Imam Ahmad ketika anaknya bertanya kepadanya sepertimana dinuqilkan oleh Al-`Uqailiy dalam Kitab Adh-Dhu`afa’ (halaman 90): “Batil (hadis tersebut), Isma`il bin `Iyash memunkirinya”. Dan yang demikian telah berkata Abu Hatim dalam apa dinuqilkannya darinya oleh anaknya dalam Al-`Ilal (49/1).

Dan sesungguhnya telah berkatalah tentangnya Syaikhu l-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Al-Fatawa (469/21): “Dan ini adalah hadis dha`if yang disepakati (akan kedha`ifannya) oleh `ulama’ bidang hadis”. Dan dia (Ibn Taimiyyah) juga berkata tentangnya di dalam Al-Fatawa (191/26): “Dan (hadis) ini tiada asal dari Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam, dan tidak dikhabarkannya dari Ibn `Umar dan tidak dari Nafi` dan tidak dari Musa bin `Uqbah (mahupun) para sahabat mereka yang terkenal dalam nuqilan sunan dari mereka. Dan sesungguhnya para wanita mengalami haidh ketika zaman RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam, maka jikalau membaca (Al-Qur’an) diharamkan ke atas mereka sepertimana solat maka sudah pastilah ini diterangkan akannya oleh Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam kepada ummatnya dan para ibu mukminin (isteri Nabi) akan mempelajarinya, dan sudah pasti itu adalah daripada apa yang dinaqalkannya kepada manusia, selagi mana tidak dinaqalkan satupun daripada Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam tentang larangan tersebut maka tidak boleh untuk menjadikannya (membaca Al-Qur’an ketika haidh) sebagai haram, telah diketahui sesungguhnya tidak dilarang akan hal itu, dan apabila tidak dilarang tentang hal itu sedangkan ramai orang yang haidh pada zamannya maka telah diketahui bahawa ia tidaklah diharamkan”. Dan sesungguhnya Syaikhu l-Islam telah mengunggulkan dalil mereka yang berkata tentang keharusan (membaca Al-Qur’an ketika haidh) selepas dia menyebutkan tentang kedha`ifan hadis itu, maka dia berkata di dalam Majmu` Al-Fatawa (460/21): “Dan telah maklum bahawa para wanita mengalami haidh ketika zaman RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam dan tidak berlaku tegahan terhadap mereka daripada membaca Al-Qur’an, sepertimana tidak berlaku tegahan kepada mereka daripada berzikir dan berdoa, malah diperintahkan orang yang haidh supaya keluar pada hari raya lalu mereka bertakbir bersama-sama takbir muslimin, dan diperintahkan orang yang haidh untuk menunaikan manasik (tatacara `ibadah) seluruhnya kecuali tawaf Ka`bah: dia bertalbiyah dalam keadaan dia haidh, dan demikian di Muzdalifah dan Mina dan selain daripada itu daripada syi`ar-syi`ar”, dan Allah Yang Lebih Mengetahui.


KESIMPULAN:

1. Terdapat 3 pendapat dalam masalah ini: 
  • Boleh membaca tanpa menyentuh Al-Qur'an.
  • Boleh membaca satu atau dua ayat Al-Qur'an.
  • Tidak boleh membaca Al-Qur'an. 

2. Jumhur `ulama' berpegang kepada pendapat ke-3 (tidak boleh membaca Al-Qur'an).

3. Namun pendapat yang lebih rajih ialah boleh membaca Al-Qur'an baik bagi wanita yang haidh mahupun wanita yang nifas kerana:
  • Hadis yang digunakan untuk melarang membaca Al-Qur'an adalah dha`if di sisi ramai `ulama' hadis.
  • Tiada larangan membaca Al-Qur'an yang sahih daripada Nabi padahal pada zaman Nabi terdapat ramai wanita yang haidh termasuklah isteri baginda sendiri.

6 September 2009

Hukum Membaca Al-Qur'an Tanpa Memahami Maknanya


Fatwa Asy-Syeikh `Abdu l-`Aziz bin `AbduLlah bin Baz:

هل يجوز قراءة القرآن دون فهم معانيه نرجو التوضيح؟


نعم يا أخت في الله يجوز أن يقرأ المؤمن والمؤمنة القرآن وإن لم يفهم المعنى لكن يشرع له التدبر, والتعقل حتى يفهم, ويراجع كتب التفسير إذا كان يستطيع له فهم يستطيع بالمراجعة يراجع كتب التفسير ، كتب اللغة العربية ، حتى يستفيد من ذلك ويسأل أهل العلم عما أشكل عليه والمقصود أنه يتدبر لأن الله قال-سبحانه- :كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ (صّ:29)، فالمؤمن يتدبر، يعني يعتني بالقراءة ، يفكر في معناها ، يتعقل معناها، وبهذا يستفيد ، وإن لم يستفد المعنى كاملاً فقد يستفيد معاني كثيرة فيقرأه به بتدبر وتعقل ، والمرأة كذلك حتى يستفيد من كلام ربه ، وحتى يعرف مراده ، وحتى يعمل بذلك، والله-سبحانه-يقول : أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (محمد:24)، فربنا- عز وجل- حثنا وحرضنا على التعقل والتدبر لكلامه سبحانه، فإذا قرأ المؤمن أو قرأت المؤمنة كتاب الله فمشروع لهما التدبر والتعقل والعناية بما يقرأ حتى يستفيد من كلام الله ، وحتى يعقل كلام الله ، وحتى يعمل بما عرف من كلام الله, ويستعين في ذلك بكتب التفسير التي ألفها العلماء مثل تفسير ابن كثير ، تفسير ابن جرير ، تفسير البغوي ، تفسير الشوكاني وغيره من التفاسير يستفيد منها، ومن كتب اللغة العربية حتى يستفيد وهكذا يسأل أهل العلم المعروفين عنده الذين يعرفهم بالعلم بالفضل ، يسألهم عن ما قد يشكل عليه


Sumber: binbaz.org


TERJEMAHAN:

Adakah boleh pembacaan Al-Qur’an tanpa kefahaman maknanya, kami mengharapkan penerangan (dari tuan).

Ya wahai saudara se-Islam (ukht fiLlah), perlu seseorang mukmin dan mukminah untuk membaca Al-Qur’an dan jika pun dia tidak memahami makna tetapi disyari`atkan kepadanya tadabbur (mengkaji), dan belajar sehingga dia faham, dan merujuk kitab-kitab tafsir apabila dia mampu memahaminya (dan) dia mampu merujuk (maka) rujuklah kitab-kitab tafsir, kitab-kitab bahasa `arab, sehingga memberi manfa`at dari perbuatan itu dan dia bertanya ahli `ilmu apa yang dia musykil ke atasnya berserta maksud (ayat Al-Qur’an), sesungguhnya dia (perlu) bertadabbur kerana Allah berkata – Maha Suci Dia - : “Kitab (Al-Qur’an) yang kami turunkannya kepada kamu yang mempunyai berkat supaya kamu bertadabbur (mengkaji) petanda-petanda-Nya dan supaya mengambil peringatan oleh Ulu l-Albab” [Surah Sad, ayat ke-29]. Maka hendaklah orang mukmin bertadabbur, yakni mengambil prihatin dengan pembacaan, memikirkan maknanya, mempelajari maknanya, dan dengan ini ia memberi faedah, dan jika pun ia tidak memberi faedah pada makna secara lengkap maka sesungguhnya ia memberi faedah makna yang banyak maka bacalahnya dengannya berserta tadabbur dan pelajaran, dan seseorang (hendaklah) seperti itu sehinggalah ia memberi faedah dari kalam Tuhannya, dan sehingga dia ketahui kehendak-Nya, dan sehingga dia beramal dengan itu, dan Allah – Maha Suci Dia – berkata: “Maka apakah mereka tidak bertadabbur (mengkaji) Al-Qur’an atau hati-hati mereka dikunci” [Surah Muhammad, ayat ke-24]. Maka Tuhan kita - `Azza wajalla- mendorong kita dan menggalakkan kita atas pelajaran dan pengkajian atas Kalam-Nya Maha Suci-Nya, maka apabila seseorang mukmin membaca atau seseorang mukminah membaca KitabuLlah maka disyari`atkan kepada mereka berdua pengkajian dan pelajaran dan perhatian dengan apa yang dia baca sehinggalah ia memberi faedah dari kalamiLlah (Al-Qur’an), dan sehingga dia mempelajari kalamuLlah, dan sehingga dia beramal dengan apa yang dia tahu dari kalamuLlah, dan dia menggunakan dalam hal itu akan kitab-kitab tafsir yang dikarang `ulama’ seperti Tafsir Ibnu Kasir, Tafsir Ibnu Jarir, Tafsir Al-Baghawi, Tafsir Asy-Syaukani dan selainnya daripada kitab-kitab tafsir yang bermanfa`at darinya, dan dari kitab-kitab bahasa `arab sehinggalah sehinggalah ia memberi faedah dan seterusnya dia bertanya ahli `ilmu yang terkenal di sisinya yang dia kenal mereka dengan `ilmu dan dengan kelebihan, bertanyalah kepada mereka tentang apa yang dia musykil ke atasnya.


KESIMPULAN:


1. Seseorang yang tidak faham Al-Qur’an perlu membaca Al-Qur’an di samping berusaha memahaminya.

2. Al-Qur’an bukan sahaja diturunkan untuk dibaca, tetapi juga untuk difahami supaya dapat dikaji maknanya dan diambil peringatan daripadanya.

3. Di antara usaha memahami Al-Qur’an ialah dengan merujuk kitab tafsir, kitab bahasa `arab dan bertanya ahli `ilmu.