24 August 2009

Adakah Isra' dan Mi`raj Berlaku Pada Bulan Rajab?



Fatwa oleh Yusuf Al-Qaradhawi:


السؤال:


هل ليلة الإسراء والمعراج هي ليلة السابع والعشرين من رجب؟


الجواب:


الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله ، وبعد:


ذكر أحد أئمة الحديث وهو أبو الخطاب عمر بن دحيا من أئمة القرن السابع، وله كتاب اسمه "أداء ما وجب في بيان وضع الوضَّاعين في شهر رجب"، وفي هذا كتب يقول: إن بعض القُصَّاص ذكروا أن النبي صلى الله عليه وسلم أُسري به في رجب، قال: وهذا هو عين الكذب، أقر هذا الكلام خاتمة الحفاظ الحافظ بن حجر العسقلاني شارح البخاري المعروف، وأنا أعرف أن موضوع ليلة السابع والعشرين من رجب لم يأت فيها حديث صحيح، ولا قول صحيح لأحد الصحابة إنما هو قول اشتهر، وقال به بعض الأئمة ونُسب إلى الإمام النووي، اختاره الإمام النووي في فتاواه، والإمام النووي رجل كان مقبولاً عند الأمة، فاشتهر قوله هذا، على حين أن هناك مثلاً الإمام أبا إسحاق الحربي نجده يقول إن الإسراء والمعراج ليس في ليلة السابع والعشرين من رجب بل في ليلة السابع والعشرين من ربيع الأول.


و أنا أعلم أنه لم يثبت شيء في هذا، وأن هذا قول اشتهر وأصبح معروفاً عند المسلمين منذ قرون أنهم يذكرون الإسراء والمعراج في هذه الليلة، ونظراً لأنه لا يترتب على ذلك عمل أو عبادة، فهذه الليلة لا يُشرع فيها قيام ولا يُشرع في صبيحتها صيام، ولا يُطلب من المسلم أي عمل يتقرب به إلى الله في تلك الليلة أو في ذلك اليوم

Lihat artikel penuh: Qaradawi.net


TERJEMAHAN:

Soalan: Adakah malam Al-Isra’ dan Al-Mi`raj pada malam ke-27 Rajab?

Jawapan: Segala pujian bagi Allah, salawat dan salam ke atas RasuliLlah, dan seterusnya:

Telah dinyatakan oleh salah seorang imam hadis dan beliau ialah Abu Al-Khatthab (أبو الخطاب عمر بن دحيا) yang merupakan dari kalangan imam kurun ke-7, dan baginya sebuaah kitab yang namanya أداء ما وجب في بيان وضع الوضَّاعين في شهر رجب, dan dalam kitab ini beliau berkata: “Dan ini (Isra’ dan Mi`raj berlaku pada malam ke-27 Rajab) adalah pandangan yang tidak benar, aku membaca kalam (penerangan) konklusi oleh Al-Huffaz Al-Hafiz bin Hijr Al-`Asqalaniy (iaitu) pensyarah Kitab Sahih Bukhari yang terkenal, dan aku tahu sesungguhnya tajuk “Malam Ke-27 Rajab” tidak ada padanya hadis sahih, dan tidak ada pendapat yang sahih biarpun dari seorang sahabat pun bahawa sesungguhnya ia (malam ke-27 Rajab) adalah pendapat yang masyhur”, dan telah berkatalah sebahagian dari kalangan imam dan dinisbahkan kepada Al-Imam An-Nawawi, beliau telah berusaha dalam hal ini dalam fatwa-fatwanya, dan Al-Imam An-Nawawi adalah tokoh yang diiktiraf di kalangan para imam, dan beliau telah mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak kesahihan malam 27 Rajab), sementara di sana dalam hal yang serupa berkata pula Al-Imam Aba Ishaq Al-Harbiy, “Sesungguhnya Al-Isra’ dan Al-Mi`raj bukanlah pada malam ke-27 dari bulan Rajab, tetapi pada malam ke-27 dari bulan Rabi`u l-Awwal”.

Dan aku tahu tiada sesuatupun yang sabit/pasti dalam perkara ini (tarikh berlaku Isra’ dan Mi`raj), dan ini (malam ke-27 Rajab) adalah pendapat yang masyhur dan diketahui umum di sisi muslimin sejak berkurun-kurun bahawa mereka menyebut Al-Isra’ dan Al-Mi`raj berlaku pada malam ini (27 Rajab), dan telah diketahui sesungguhnya ia (tarikh peristiwa Isra’ Mi`raj) tiada kesan terhadap amalan atau `ibadah, dan malam ini tidak disyari`atkan padanya qiyam (solat) dan tidak disyari`atkan pada waktu siang untuk berpuasa, dan tidak dituntut dari muslim apa-apa amalan yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada malam itu atau pada siangnya.


KESIMPULAN:

1. Tarikh berlaku peristiwa Isra' dan Mi`raj adalah khilaf.

2. Dalil bahawa peristiwa itu berlaku pada 27 Rajab adalah lemah dan tidak sahih.

3. Tiada amalan dan `ibadah khas (seperti solat malam, puasa sunat) sempena peristiwa ini.

1 comments:

fizi said...

RALAT: http://myfizi.blogspot.com/2010/09/ralat-adakah-isra-dan-miraj-berlaku.html