Artikel Alaf Kini: Adakah Isra' dan Mi`raj Berlaku Pada Bulan Rajab?
Artikel Al-Muqry: Benarkah Isra' Dan Mikraj Berlaku Di Bulan Rejab???
Rahabiah: Syukran Ustaz Fahmi. Penjelasan yg lebih mantap [artikel Al-Muqry - penulis] dari yg dilinkkan oleh Akh Za'im [artikel Alaf Kini - penulis].. Malah saya yg tak reti sangat bahasa arab ni nampak terjemahan tu ada salah dan khianat ilmu tu..
Fizi: Part mana yang salah dan khianat ilmu?
Rahabiah: Part kalam imam nawawi tu yg dalam kurungan.. pasal setau saya dr qaradhawi tak sebut pun gitu, dan imam nawawi pula antara yg menyokong bulan rejab ni. jadi yg dimaksudkan oleh dr qaradhawi adalah, imam nawawi antara yg berusaha utk sokong isra' berlaku pada bulan rejab, tapi akh fizi tulis dia tentang.. maafla kalau saya yg jahilah ini tersilap faham..
Fizi: Terima kasih di atas usaha menyemak artikel itu. Mari kita lihat, dari petikan Al-Qaradawi di bawah:
والعشرين من رجب لم يأت فيها حديث صحيح، ولا قول صحيح لأحد الصحابة إنما هو قول اشتهر، وقال به بعض الأئمة ونُسب إلى الإمام النووي، اختاره الإمام النووي في فتاواه،
Beliau mengatakan tiada hadis sahih atau perkataan sahih dari sahabat yang menyokong pendapat 27 Rajab. Dan beliau berkata:
"إنما هو قول اشتهر، وقال به بعض الأئمة ونُسب إلى الإمام النووي"
bermaksud "bahawa sesungguhnya ia (malam ke-27 Rajab) adalah pendapat yang masyhur dan telah berkatalah sebahagian dari kalangan imam dan dinisbahkan kepada Al-Imam An-Nawawi".
Al-Qaradawi mengaku bahawa pendapat 27 Rajab adalah pendapat yang masyhur dan pendapat sebahagian dari ahli ilmu dan ia konon dinisbahkan kepada Imam Nawawi juga.
Kemudian Qaradawi menyambung dengan berkata:
اختاره الإمام النووي في فتاواه، والإمام النووي رجل كان مقبولاً عند الأمة، فاشتهر قوله هذا، على حين أن هناك مثلاً الإمام أبا إسحاق الحربي نجده يقول إن الإسراء والمعراج ليس في ليلة السابع والعشرين من رجب بل في ليلة السابع والعشرين من ربيع الأول.bermaksud "beliau (Imam Nawawi) telah berusaha dalam hal ini dalam fatwa-fatwanya, dan Al-Imam An-Nawawi adalah tokoh yang diiktiraf di kalangan para imam, dan beliau telah mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak kesahihan malam 27 Rajab), sementara di sana dalam hal yang serupa berkata pula Al-Imam Aba Ishaq Al-Harbiy, “Sesungguhnya Al-Isra’ dan Al-Mi`raj bukanlah pada malam ke-27 dari bulan Rajab, tetapi pada malam ke-27 dari bulan Rabi`u l-Awwal”.
Dari petikan di atas, difahami ada kalangan ilmuan berpendapat ia berlaku pada 27 Rajab dan dikaitkan dengan pendapat Imam Nawawi, NAMUN Imam Nawawi telah berusaha dalam fatwa-fatwanya untuk menyatakan pendapatnya yang sebenar. Mari kita lihat apakah pendapat Imam Nawawi yang sebenar.
Sekarang, saya mengambil pendapat dari Mawahib Al-Jalil fi Syarhi Mukhtasar Khalil مواهب الجليل في شرح مختصر خليل untuk mengetahui apakah pendapat sebenar Imam Nawawi, dari link berikut: Mawahib Al-Jalil fi Syarhi Mukhtasar Khalil
واختلف في وقت المعراج والصحيح أنه في ربيع الأول قال النووي : في ليلة سبع وعشرين منه ووقع في بعض نسخ فتاوى النووي أنه كان في ربيع الآخر
"Dan telah berselisih pada waktu Al-Mi`raj, dan yang sahih bahawa ianya pada Rabi`u l-Awwal. Berkata Imam Nawawi: Pada malam ke-27 daripadanya dan terjadi pada sebahagian naskhah fatwa Imam Nawawi bahawasanya pada Rabi`u l-Akhir".
Dari petikan di atas, diketahui pada fatwa Imam Nawawi pendapatnya ialah 27 Rabi`u l-Awwal, dan pada sebahagian catatan fatwanya yang lain mengatakan pada 27 Rabi`u l-Akhir (bukan 27 Rajab). Hal ini sama seperti yang dikatakan oleh Al-Qaradawi di atas, bahawa pendapat Imam Nawawi dan Al-Imam Aba Ishaq Al-Harbiy adalah sama - iaitu 27 Rabi`u l-Awwal (Al-Qaradawi tak sebutkan mengenai Rabi`u l-Akhir seperti yang dijumpai pada naskhah fatwa Imam Nawawi yang lagi lain).
Dan pada teks yang sama dalam Mawahib Al-Jalil fi Syarhi Mukhtasar Khalil , ia menaqalkan bahawa disebutkan dan dinyatakan kononnya Imam Nawawi berpendapat pada bulan Rajab. Namun hal ini disangkal kerana fatwa yang dijumpai dari Imam Nawawi hanya menyatakan Rabi`u l-Awwal dan Rabi`u l-Akhir, dan khabar yang tidak pasti menyebutkan konon Imam Nawawi berpendapat pada bulan Rajab.
وقيل : إنه كان في رجب وجزم به النووي في الروضة تبعا للرافعي
Jika tersalah, minta perbetulkan. WaLlahu'a`lam.
Fizi: Boleh juga baca di link ini: abaamar210.maktoobblog
فقيل : قبل الهجرة بسنة . قاله ابن سعد وغيره ( 1 ) .وبه جزم النووي , وبالغ ابن حزم فنقل الإجماع فيه ـ فيكون في شهر ربيع الأول
Rahabiah: Maafkan saya sekali lagi.. saya tak nampak pun di mana dr qaradhawi sebut imam nawawi berusaha dalam hal ini. sedangkan disebutkan imam nawawi telah memilih pndpt ini (27 Rejab). Malah kalam nussiba ilaihi mana boleh diterjemahkan dgn perkataan "kononnya". Malah Dr Qaradawi tak sebut pun Imam Nawawi mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak 27 Rejab).. saudara.. ushtuhira maksudnya telah famous atau masyhur dgn pendapat itu, bukan beliau isytiharkan.. jauh lari makna tu..
Rahabiah: Jadi makna kalam dr qaradhawi di situ adalah, sebahagian imam kata 27, dan dinisbahkan juga kepada imam nawawi, dan imam nawawi telah memilih pendapat ini (27 rejab) pada fatwa-fatwanya. Imam Nawawi pula adalah seorang tokoh yang diterima oleh seluruh ummah. Maka telah masyhurlah pandangannya ini
Rahabiah: Nak ambil pndgn Imam Nawawi cuba tgk kitabnya.. maka disebutkan di dalam kitab Raudhah, imam Nawawi berkata bahawa isra' mi'raj berlaku pada 27 rejab.. So takde kontradiksi pun di sini.. Saya harap ada ustaz2 sebenar yg faqih lagi faham bahasa arab utk tunjukkan terjemahan saya atau terjemahan akh fizi yg betul.. kami ingin tau.. jazakumullah
Fizi: Saudari, bawalah link mana yang cakap fatwa Imam Nawawi itu.. macam yang saya cakap, dinisbahkan kepada Imam Nawawi pendapat 27 Rajab, namun yang jelas dalam kitabnya ialah 27 Rabi`u l-Awwal / Rabi`u l-Akhir (berdasarkan link di atas).. kalau ada dari kitab Imam Nawawi sendiri (Kitab Raudhah macam awak cakap), bagitahu dengan tepat mana rujukan nak cari.. saya pun boleh cakap bahawa dalam kitab lain cakap Imam Nawawi begitu begini, namun saya tak cakap sesuka hati.. datangkan bukti, senang nak kaji.. ushtuhira memanglah famous.. namun famous sebab dia yang isytiharkan.. tak apalah, bab ini memang awak betul sebab saya terjemah literal dan hanya orang yang biasa dengan `arab saja akan faham, kalau orang tak tahu `arab akan hanya tangkap maksud literal sahaja..
Senang macam inilah.. saudari baca balik penjelasan saya di atas, baru boleh faham apa yang saya nak bagitahu.. dan datangkan dalil yang jelas, jangan just quote kitab Raudhah saja..
Fizi: By the way, Al-Qaradawi sendiri menolak pendapat 27 Rajab kerana baginya ia pendapat yang lemah..
و أنا أعلم أنه لم يثبت شيء في هذا، وأن هذا قول اشتهر وأصبح معروفاً عند المسلمين منذ قرون أنهم يذكرون الإسراء والمعراج في هذه الليلة
Rahabiah: Maka terjemahan yg betul yg perlu saudara betulkan supaya tak khianat ilmiah pada dr qaradhawi adalah: sebahagian imam kata 27, dan dinisbahkan juga kepada imam nawawi, dan imam nawawi telah memilih pendapat ini (27 rejab) pada fatwa-fatwanya. Imam Nawawi pula adalah seorang tokoh yang diterima oleh seluruh ummah. Maka telah masyhurlah pandangannya ini.
Berikut pula ialah komentar dan nasihat Ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin kepada Penulis:
Assalamualaikum.. akhi Zaim. Berkenaan dgn link blog kawan nta, Fizi Hafizi.. tentang tarikh Isra' Mi'raj. Setelah dikomen oleh sorang perempuan.. ana baca dgn teliti dan dapati memang ada kesilapan. ada beberapa tempat yg x diterjemah.. mungkin tertinggal.
Ada terdapat beberapa perkataan yg silap diterjemah. Contoh pada ayat: أقر هذا الكلام خاتمة الحفاظ . diterjemahkan أقر dengan erti baca. mungkin dia tersilap sangkakan أقر berasal dari قرأ . makna yg sebenar ialah perakui.. maka terjemahannya ialah "yg memperakui kalam ini ialah Khatimah al-Huffaz al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani".. dan dia tersilap eja Ibn Hijr (wallahu'alam jika memang boleh dibaca sedemikian)
dan juga tersilap pada اختاره الإمام النووي في فتاواه . kawan nta terjemah dengan salah lalu lari maknanya. quote dari terjemahannya, "beliau telah berusaha dalam hal ini dalam fatwa--fatwanya, dan Al-Imam An-Nawawi adalah tokoh yang diiktiraf di kalangan para imam, dan beliau telah mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak kesahihan malam 27 Rajab)"
sepatutnya kalimah اختاره diterjemahkan dengan 'memilihnya' bukan dengan 'berusaha'. maka terjemahannya ialah "imam nawawi memilihnya (pendapat itu ) di dalam Fatawanya (kebiasaannya jika disebut 'dalam Fatwanya' maka ini merujuk kepada kitab Imam Nawawi iaitu Ruus al-Masail (insya Allah betul dah rasanya nama kitab ni) dan bukanlah dengan difahami secara literal lalu terjemah dengan makna fatwa secara umum. Tapi ini bukan kesilapan besar.
Hmmm... Perkataan dlm kitab2 ada makna yg tersendiri.
Perkara ini akan didapati apabila belajar kitab turath secara berguru. Guru yg pakar akan syarahkan istilah2 tertentu. Misalnya apabila disebut dalam mana-mana kitab Fiqah Mazhab Syafie istilah Syaikhul Islam maka yg dimaksudkan ialah Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari dan bukan merujuk kepada Syaikhul Islam Ibn Taimiyah.
Contohnya istilah 'sahih' dan 'ashah' di dalam kitab Minhaj Tolibin karangan Imam Nawawi. Adalah satu KESALAHAN jika diterjemah 'sahih' dengan maksud yg biasa kita fahami iaitu 'betul, benar' dan diterjemah pula 'ashah' dengan maksud 'lebih betul atau lebih benar'.
Ana dapati memang ada sebahagian yg terjemah mudah2 begini. Kebiasaannya kesilapan ini timbul daripada mereka yg tidak belajar secara berguru tapi agak bersemangat utk menyebarkan ilmu. Maka terjemahan ini jelas salah. Ini kerana dalam mazhab Syafie, istilah2 ini punya maksudnya yg tersendiri. Maksud2nya lebih dalam dari yg difahami.
Kesilapan dalam menterjemahkan istilah ini menunjukkan kejahilan dgn teks kitab2 turath yg amat perlu kepada ketelitian. Lebih malang lagi jika dilakukan oleh penuntut ilmu, penulis buku dan maaf jika ana sebut, mereka kebiasaannya dari kelompok yg mendakwa mengikut salaf. Habis rosak pemahaman terhadap kitab2 ulama. Lebih malang lagi apabila org awam baca lalu terikut sahaja kpd kesalahan itu. Mereka x pernah belajar kitab turath lalu berlagak pandai dan maka berlaku pengkhianatan atau jenayah ilmiah secara sedar mahupun tidak. Semoga Allah mengampunkan kita semua.
Kita sepatutnya lebih bersikap merendah diri, berasa jahil dan tidak gopoh. Belum pun kenal ilmu tapi sudah mampu mengkritik pendapat para imam?! Zaim misalnya belajar ekonomi tapi juga belajar ilmu agama maka silakan tulis apa yg dipelajari utk dikongsi syaratnya kena betul. Ini bukan soal profesional atau ulama :) Jika pakar ekonomi tapi juga alim ilmu agama maka silakan. Tapi kalau pelajar agama dah tapi belajar x bersungguh, terus jahil .. maka x layak.
Setiap kitab mazhab ada istilah2 khusus dgn maksud tersendiri. Bahkan setiap ilmu ada istilah yg berbeza maksudnya apabila disebut istilah yg sama dalam ilmu lain. Misalnya istilah 'al-Imam' dalam kitab ilmu Fiqah Mazhab Syafi' merujuk kepada Imam Haramain al-Juwaini, guru Imam Ghazali. Tapi istilah 'al-Imam' dalam ilmu usul fiqah pula merujuk kpd Imam ar-Razi.
Ada ulama yg karang kitab khusus tentang istilah2 ini contohnya Fawaid al-Makkiyah khas utk perjelas istilah mazhab Syafie, dan antara yg terbaru ialah al-Fathu al-Mubin karangan Dr. Ibrahim al-Hifnawi, pensyarah Al-Azhar. yg ni lebih bagus sebab perjelas istilah2 dlm 4 mazhab fiqah yg terkenal, mazhab zahiriyah dan mazhab imamiyah. diperjelas juga istilah2 dlm ilmu usul fiqah dan ilmu hadith. lengkap!
maknanya jika nak rujuk kpd kitab2 tertentu, dalam ilmu2 tertentu maka kena tahu maksud istilah2 ini atau rujuk kpd para ulama atau rujuk kitab2 seperti di atas.
Baiklah berbalik kpd tulisan kawan nta tu. Dia tulis "dan Al-Imam An-Nawawi adalah tokoh yang diiktiraf di kalangan para imam, dan beliau telah mengisytiharkan pendapatnya ini (menolak kesahihan malam 27 Rajab)
Perkataan فاشتهر dengan terjemahan 'mengistiharkan' tu salah terjemah. sepatutnya dgn makna 'telah masyhur'. Maka terjemahn yg betul ialah, "dan Imam Nawawi seorang yg diiktiraf di kalangan imam-imam, maka telah masyhur pendapatnya ini" .. dengan sebab kehebatannya di sisi imam-imamlah maka pendapatnya ini masyhur iaitu pendapat 27 rejab.
Imam Nawawi memang berpegang dgn pndapat ini iaitu 27 Rejab. Tapi x semestinya pendapat ini tepat cuma ini memang pendapat Imam Nawawi. Antara yg berpegang dgn pendapat ini ialah Imam Ibnu Hazm, Imam Rafie dan Imam Ibnul Athir.
Dan kesalahan besar kawan nta apabila dia letakkan dalam kurungan "(menolak kesahihan malam 27 Rajab)" Dia kata Imam Nawawi tolak pendapat ini dan ini menyalahi fakta sebagaimana yg disebut di atas sebab ini memang pendapat Imam Nawawi. Haa, boleh cek juga di link blog almuqry tu. Banyak didatangkan pendapat ulama.
Hmm, dia ambik terjemahan ni dari mana ya? Atau dia terjemah sendiri? Macam2 ada dalam internet ni..
Ana x menolak kebenaran fatwa Syaikh Qardawi ni. Memang tiada amalan khusus utk malam dan siang 27 rejab ini. Cuma nak betulkan apa2 yg tersilap dalam terjemahan ini je. Dan satu perkara lagi, org yg berpegang dgn pendapat 27 rejab x boleh menyalahkan org yg x berpegang dgnnya. Yg x berpegang dgnnya pula jangan ingkar kpd org yg berpegang plk. silalah berlapang dada. dan x salah utk buat program Isra' Mi'raj sempena tarikh 27 rejab, berpegang dgn pendapat Imam Nawawi. Bahkan ketika program tu boleh diberitahu fakta2 ini :)
wallahu'alam...

2 comments:
salam, saudara Fizi,
saya dari blog http://another-brick-in-the-wall.blog.friendster.com/2010/09/imam-syafie-ajar-cara-basuh-kaki/#comment-867
berkenaan komen tuan pada entri di atas, yg berbunyi:
Salam. Akhi, cuba lihat ayat yang akhi letakkan di atas:
فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
Didapati:
1- Basuh (Gasala): muka dan tangan hingga ke siku.
2- Sapu (Imsaha): kepala dan kaki hingga ke buku lali.
Cuba semak balik, rasa akhi tersilap tulis. [end quote]
maaf, tapi saya tak jumpa di mana yg saya silap tulis, kaki mmg perlu dibasuh berdasarkan ayat itu, bukan disapu. saya tak tau dimana salahnya, mohon tunjukkan.
baarakalahu feekum.
p/s: maaf guna ruangan ni, saya tak tau dah macam mana nk hubungi saudara, sbb blog di friendster takda comment subscription rasanya. boleh delete komen ni nanti.
Salam,
Ya, anda benar. Saya silap. Terima kasih.
Post a Comment